Sunday, October 25, 2009

asal usul lagu negaraku

Tahukah anda, terdapat dua sumber rujukan berkaitan asal usul lagu Negaraku sebelum dijadikan Lagu Kebangsaan Malaysia. Pertamanya, ia dikatakan berasal dari Lagu Kebangsaan negeri Perak dan satu lagu popular berjudul Terang Bulan (Trang Bulan). Mengikut cerita Tuan Haji Mustafa AlBakri, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu, lagu ini digunakan buat pertama kali sebagai Lagu Kebangsaan Negeri Perak pada 1901 iaitu ketika pertabalan Raja Edward VII di England.

sejarah gitar Ibanez


Tahukah anda, sebenarnya sejarah Ibanez - jenama gitar yang cukup terkenal sejak sekian lama bermula pada 1908. Bermula sebagai peniaga kedai muzik kecil-kecilan, Hoshino kemudian berkembang sebagai antara pengedar produk muzik di Nagoya Jepun.
Merenung sejarahnya sejak 45 tahun lalu, Hoshino sudah mula mengedarkan Spanish Gitar jenis Ibanez. Sekitar 1960-an, Hoshino akhirnya berjaya mendapatkan hak milik terhadap jenama Ibanez, mula mengeksport pelbagai jenis gitar dengan bentuk menarik dan funky ke Amerika Syarikat terutama di gedung membeli belah.
Begitupun, bagi kebanyakan peminat muzik semasa, jenama Ibanez melalui zaman kemuncaknya sekitar 30 tahun lalu apabila ketika itu Hoshino bertindak membuka cawangannya berdekatan Philadelphia, untuk strategi pemasaran yang lebih cekap di Amerika Syarikat.
Kebanyakan gitar Ibanez diedarkan ketika itu bukan saja berkualiti tinggi tetapi juga mahal harganya. Kebetulan ketika itu kebanyakan instrumen muzik buatan Amerika sedang melalui zaman merudum kerana harga melambung dan produk kurang berkualiti. Ibanez tiba pada saat dan ketika yang tepat.
Ternyata, Ibanez tidak pernah puas dengan imej yang kekal dan meniru produk sedia ada. Sejak, pengurusan Ibanez mula mereka cipta bentuk instrumen tersendiri seperti The Solid Body Artists (digunakan Bob Weir, gitaris The Dead); The Iceman (dipopularkan Paul Stanley, Kiss dan The George Benson Guitars, gitar kotak jazz pertama yang khusus dicipta untuk penggunaan high volume bagi persembahan pentas.
Kebanyakan gitar rekaan Ibanez terawal semakin tinggi nilainya terutama di kalangan peminat yang mengumpul gitar bernilai tinggi begini.
Era mengikut dan meniru bentuk gitar lain berakhir secara rasminya pada 1976 apabila pembuat gitar terbesar di Amerika Syarikat sudah tidak tahan lagi dengan kejayaan Ibanez dengan hanya meniru produk lain dan bertindak mengambil tindakan mahkamah terhadap Ibanez.
Biarpun dikenakan tindakan undang-undang, ketika itu Ibanez sudah terlalu jauh meninggalkan jenama lain yang ditiru dan semakin disegani dengan produk rekaan Ibanez tersendiri. Pertengahan 1980-an, minat dan permintaan terhadap gitar instrumental rock mula memuncak, ini menyebabkan Ibanez mengambil inisiatif untuk berkolaborasi dengan pemain gitar ternama dunia seperti Steve Vai, Joe Satriani dan Paul Gilbert dengan terhasilnya model JEM, JS, RG dan S. Sehingga kini, versi dan model gitar ini masih dianggap versi standard gitar hard rock dan instrumental rock. Ibanez juga cukup dikenali kerana koleksi gitar jazz kotak termasuk model George Benson, Pat Matheny dan yang terbaru, John Scofield dalam bentuk semi akustik. Ibanez kini terus dikenali sebagai syarikat yang menjual gitar bass tertinggi di dunia.